Hari ni sempat belajar ngan mak mertua camana nak buat donut, pas tu terus tulis resepi ni takut lupe plak nanti...sesiapa yang berminat boleh ler cuba ye...
Mula-mula sekali ,
1 packet yis mauripan di masukkan dalam gelas besar yang telah diisi dengan 3 sudu gula + ¼ air suam.
Kemudian,
Satu setengah packet ( 1.5 kilo) tepung gandum cap lili disebatikan dengan 3 sudu besar marjerin + 3 sudu gula
Kemudian,
tepung tadi dibuat lubang di tengah-tengah utk dimasukkan yis yang telah naik itu tadi dan dalam masa yang sama
Sediakan dua gelas besar air sejuk + 3 sudu susu pekat manis + satu camca garam utk bancuhan dough nanti.Setelah itu
masukkan bancuhan air ini ke dalam tepung tadi dan diuli sehingga sebati.